
Panduan serta tips ujian Medsi dan temuduga 2012 untuk anda. Kami akan berkongsikan sedikit panduan serta tips ujian Medsi 2012 dan temuduga pada entry kali ini.
Sebelum itu, kami ucapkan tahniah kepada anda yang layak menduduki ujian Medsi yang bakal berlangsung 28hb ini. Masih sempat lagi untuk anda membuat persedian rapi bagi menghadapi ujian Medsi itu nanti.
Kami kongsikan dahulu mengenai pengukuran yang digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.
Format Ujian MEdSI
- Ujian MEdSI mengandungi 300 soalan dan perlu dijawab dalam masa 1 jam 10 minit.
- Terbahagi kepada 4 bahagian:
- Personaliti – 110 soalan
- Minat Kerjaya – 60 soalan
- Nilai Integriti – 70 soalan
- Kecerdasan Emosi – 60 soalan
- Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan.
- Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon dan tiada jawapan yang betul atau salah.
Persediaan menghadapi ujian MEdSI
- Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
- Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.
- JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.
- Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.
- Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali menduduki sahaja.
- Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).
Punca gagal dalam temuduga Medsi
1.Tidak menguasai Bahasa Melayu dengan sepenuhnya.
- Sebagai seorang guru, menguasai Bahasa Melayu adalah satu kemestian kerana ia adalah bahasa rasmi dan bahasa pengantar untuk setiap sekolah di Malaysia.
2. Tidak menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
- Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi sekolah, anda harus mempunyai kredibiliti untuk berbahasa Inggeris sebagai satu kelebihan dan contoh kepada pelajar.
3. Tidak yakin untuk memberikan pendapat dan jawapan.
- Keyakinan merupakan salah satu syarat untuk seorang guru berkomunikasi dengan pelajar ketika sesi pembelajaran diadakan. Anda harus memiliki keyakinan sebagai salah satu persediaan untuk menjadi guru. Tanpa keyakinan komunikasi takkan berkesan.
Baru-baru ini Cikgu Ikhwan ada membuat kajian berkaitan dengan masalah ini. Dalam kajian yang dijalankan, terdapat 15 kajian kes kegagalan calon KPLI, DPLI dan ISMP sepanjang temuduga pendidikan dijalankan. Anda boleh lihat di pautan ini >> Panduan Lulus Ujian Medsi
Berdasarkan kajian ini beliau telah membantu ramai bakal guru untuk lulus ujian Medsi. Laporan tersebut diterbitkan dalam bentuk ebook yang bertajuk “Mengapa Gagal Temu duga”. Boleh dapatkan DI SINI
Akhir kata kami doakan anda melepasi ujian Medsi ini dan menjadi pendidik yang membangunkan anak bangsa.



{ 0 comments… add one now }