
Keputusan Matrikulasi 2012 akan diumumkan?? Ya, keputusan matrikulasi 2012 bakal diumum dan dikeluarkan oleh bahagian matrikulasi KPM pada 25 April ini iaitu pada hari rabu.
Sebelum ini kami ada kongsikan tarikh keputusan upu bersama semua. Keputusan matrikulasi ini adalah untuk calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2011. Kepada adik-adik yang memohon matrikulasi boleh ah membat semakan bermula pada hari rabu ini.
Tarikh tutup permohonan matrikulasi ini telah pun ditutup pada 10 Oktober tahun lalu. Kini, keputusannya bakal dikeluarkan oleh pihak KPM bahagian matrikulasi. Adik-adik boleh membuat semakan tersebut di http://www.moe.gov.my..(ketika kami memberikan info ini, laman tersebut tidak dapat dibuka kerana sedang dikemaskini)
Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa semasa mendaftar di kolej pada 28 Mei 2012 :
1) Surat tawaran
2) Panduan pendaftaran
3) Dokumen peribadi pelajar
4) Borang perjanjian pelajar (dua salinan)
Bagi calon yang tidak berjaya boleh terus membuat rayuan melalui internet di laman sesawang http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2012 hingga 13 Mei 2012. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (13 Mei 2012) tidak akan dipertimbangkan.
Talian Bantuan Bahagian Matrikulasi 03 – 8884 4036 / 4040 / 4083 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).
Oleh itu, kepada calon dan adik-adik yang bakal berjaya mendapat tempat di matrikulasi, tahniah diucapkan dan kepada yang tidak berjaya janga putus asa dan buat rayuan. Sama-sama kita nantikan keputusan matrikulasi 2012 ini.
Keputusan Matrikulasi 2012,


{ 0 comments… add one now }