Scha Dan Awal Berbulan Madu di New York

by MyBlogSantai on May 4, 2012

Miliki MyQalam hari ini juga

Scha Dan Awal Berbulan Madu di New York? wah2!! seronok betul tengok gandingan pasangan Awal Asyari dan Scha ni.. Seperti merpati dua sejoli.

Tahnih dan syabas dari kami di Myblogsantai kepada pasangan bahagia ini. Merka bakal disatukan beberapa jam dari sekarang. Hanya tinggal beberapa jam lagi untuk mereka dimeterai sebagai pasangan suami isteri pula.

Pasangan yang tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata ini merancang untuk ke New York untuk pra-bulan madu sebelum berangkat ke Eropah untuk bulan madu sebenar pada Disember nanti.

Awal mula meminati Scha sejak mula Scha menceburi bidang seni melalui Dewi Remaja. Scha dinobatkan sebagai juara namun masih belum menyedari kehadiran Awal.

Bagaimanapun kuasa Allah bakal menyatukan mereka berdua. Tak sabar pula nak menanti majlis perkahwinan mereka ni. Majlis mereka akan di bawa siaran langsung menerusi Astro Ria dan Astro Awani.

Menerusi laman sosial facebook, kami mendapat sebuah gambar yang diupload oleh Scha. Gambar tersebut menunjukkan dirinya yang sedang memakai inai bai persediaan terakhir sebelum majlis berlansung.

Semoga pasangan Awal dan Scha berbahagia hendaknya hinggalah ke akhir hayat. Maka, benarlah dakwaan yang mengatakan Scha Dan Awal Berbulan Madu di New York nanti.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (4 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
Scha Dan Awal Berbulan Madu di New York, 10.0 out of 10 based on 4 ratings

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: