Sapiah Aping Menangi Kereta Merc

by MyBlogSantai on February 26, 2012

Miliki MyQalam hari ini juga

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. Selamat senja buat semua. Diharapkan ibadah kita meningkat dari hari ke hari. Alhamdulillah, bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

Syukur ke hadrat Ilahi atas semua pemberian ni’mat dat rezeki. Siapa Sapiah ini? Kenapa Sapiah Aping ini dapat sebijik Merc? Wah!! Bertuah sungguh Kak Sapiah kita ni. Bukan senang nak dapt free kereta yang digilai ramai tu.

Inilah berkat menyimpan dan menabung. Sapiah sudah sekian lama membuat simpanan wang dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) yang dikelola oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Penoreh getah bersuku kaum samaling orang asli dari Bera Pahang ini tidak percaya pada asalnya ketika dihubungi oleh pegawai bank yang memberitahu mengenai hadiahnya itu. 

Sapiah Aping Menangi Kereta Merc

Sehinggalah dilihat dengan matanya sendiri sebuah Mercedes Benz E200 CGI. Sapiah kata sekarang ni dia tak de lesen memandu lagi dan dia nak buat lesen memandu tu secepat mungkin.Cuma sekarang ni, adik lelaki dia yang akan jadi pemandu kereta tu.

Kalau kita la kan, boleh percaya ke tiba-tiba dapat panggilan dapat hadiah dari bank. Sebuah kereta idaman! Tak dapat nak bayangkan betapa happynya perasaan sapiah sekarang ni.

Tahniah Sapiah kerana menjadi insan bertuah dengan memenangi sebuah ercedes Benz E200 CGI bulan lepas. Oleh itu, jom kita start menyimpan di SSP kalau ada rezeki, leh dapat sebijik rumah lak mana la tau kan?? hehe

 

 

** Sapiah Aping Menangi Kereta Merc

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: