Borang Terima/Tidak Tawaran Sambung Perkhidmatan 60 Tahun

by MyBlogSantai on December 5, 2011

Miliki MyQalam hari ini juga

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

16 Disember ini akan bermula lah edaran borang terima/tidak tawaran sambung perkhidmatan 60 tahun kepada semua penjawat awam untuk ditandatangani. Sama ada untuk bersetuju atau tidak dengan dasar SBPA yang bakal dilaksanakan 1 Januari 2012.

Tiada sebarang paksaan akan dilakukan untuk kita memilih untuk menerima atau tidak borang ini untuk ditandatangani. Bagi semua penjawat awam yang tidak menghantar borang terima/tidak tawaran sambung perkhidmatan 60 Tahun ini, mereka dianggap tidak memilih SBPA dan kekal di bawah SSM (Skim Saraan Malaysia). Bagi mereka yang memilih untuk bersara pada usia 55,56 atau 58 masih boleh memilih skim SBPA bersara pada usia ke 60.

Gaji biasa masih diberikan mulai 1/1/2012 namun bermula April 2012 barulah dimasukkan dlm skim SBPA dan bermulalah kenaikan gaji baru yg dinanti-nanti oleh semua spenjawat awam mengikut sifir gaji yang ditetapkan. Untuk pengesahan tunggu pekeliling akan keluar pada 10 Disember ini. Selepas tarikh 10/12/2012 ini, mereka yang ingin bersara lebih awal akan dibenarkan walaupun memilih Skim SBPA ini.

 

p/s: Fikirlah semasak-masaknya untuk menandatangani…

 Borang Terima/Tidak Tawaran Sambung Perkhidmatan 60 Tahun

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: